Labels

Wednesday 7 November 2012

Assalamualaikum wahai saudari, jawab salam mu ingin ku dengari.

Assalamualaikum wahai saudari,
harap kamu memaafkan kesilapan ku ini,
ku tidak berniat menggores perasaan saudari,
tidak, aku melakukannya kerana ada sebab tersendiri.

wahai saudari yang ku kasihi,
adakah salah aku berbuat demikian ?
sedangkan kamu sendiri berkata.
di dalam kad yang tebal yang mengeluarkan suara.

sudahkah kamu lupa wahai saudari ku.
sudahkah ?
ku tanya kepada mu ,
masihkah kamu menyayangi ku wahai saudari ?

ku mohon maaf seribu kalam,
di samping itu , ku selitkan salam,
ku menulis di hari malam,
harap kamu teruja , tapi jangan terjunam.

ya aku mengaku aku salah,
ku tahu ujian ku berat bebannya,
lebih-lebih lagi kamu kaum Hawa,
ku terlupa hati mu umpama kaca.

kata-kata ku ini memang tiada maksudnya,
tetapi ku harap kamu dapat sesuatu daripadanya,
terselit dalam kata yang tiada nilainya,
kejujuran dari hatiku yang penuh keikhlasannya.

ku akhiri kata-kata ku dengan salam
harap kamu faham dengan mendalam
yang wajib dijawab ialah salam,
ingat saudariku jawab lah salam !

. ASSALAMUALAIKUM .






0 comments:

Post a Comment

komen ramai-ramai jom!!
bes main komen nih !